Sunday, July 18, 2010

Ayahanda Naim Abdullah


Ayahanda Naim Abdullah, setelah saya berumur lebih dari setengah abad, barulah kali ni dapat menatap wajah Ayahanda. Mengikut kata Kak Normah, yang bersama ayahanda itulah saya. Saya tak pernah lihat gambar ni. Seingat saya sejak lahirlah sebab bonda telah berpisah dengan ayahanda sejak saya kecil lagi. Tak tahu dan tak ingat apa. Rasanya ada sekali Bonda mambawa saya menziarahi ayahanda, Beliau mendapat lumpuh (mungkin stroke kut), baring saja tak boleh bangun. Beliau tinggal bersama Kak Normah (masa tu masih single) dan Kak Lang Zaleha di Kampung Linsum, Rantau. Tak tahu sakit apa dan saya tak pernah tanya pulak. Kali kedua adalah semasa Ayahanda kembali kerahmatullah. Kalau tak silap saya baru Darjah Dua. Sampailah sekarang , baru Kak Normah terjumpa gambar ni dan berikan kepada saya.

Kini kedua Ayah dan Bonda sudah tiada, hanya memori sahaja yang mengenangkan kembali zaman tu. Semoga keduanya dibawah lindungan Allah SWT dan diharapkan keduanya digolongkan kedalam golongan orang-orang yang beriman. Amin....

Hubungan saya dengan keluarga di Rantau amat rapat. Setiap tahun saya kesana bersama keluarga, jumpa Kak Long Che Yom, Bang Ngah Hashim, Kak Lang Zaleha, Kak Normah. Hanya yang dah lama sangat saya tak jumpa adalah Abang Omar. Rumahnya kat Panchor, Seremban tapi tak tahulah pulak alamatnya. Ada gak cuba masuk ke Panchur tu cari, oleh kerana pembangunan dan perubahan saya gagal menjejaknya. Insyaallah saya akan cari jugak.

Sejak zaman bayi lagi, saya dibesarkan dengan kasih sayang Bonda tercinta. Hanya bonda yang tahu betapa peritnya menyekolahkan saya. Beliau hanya bekerja sebagai boroh kasar di Jabatan Pertanian, Kg Perah bersama Nenda. Alhamdulillah saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kota, Rembau. Diperingkat menengah di SMK Datuk Abdullah, Astana Raja dan meneruskan ke Tingkatan 6 di SMK Ampuan Durah, Sikamat. Dengan susah payah dan penat jerih Bondalah saya belajar. Semasa di Tingkatan 6 Atas, ketika nak ambil STPM saya memberanikan diri untuk menghadiri temuduga untuk memasuki Maktab Perguruan. Antara soalan yang ditanya ialah, Kenapa masih sekolah dah datang temuduga ni? Saya ceritakan semuanya keadaan keluarga saya. Mengalir air mata ketika itu. Agaknya sebab itulah akhirnya dapat juga masuk ke Maktab Pergurusan Raja Melewar, Seremban. Sebelah sekolah saja.
Ok... cukup dulu, nanti saya sambung lagi ....

DALAM KENANGAN