Thursday, September 30, 2010

Lagi Waghih baru ... Anak Dr Hazwan & Dr Najwa

Wan Opah dengan cucu sulungnya







Tahniah diucapkan kepada Dr Hazwan dan Dr Najwa diatas kurniaan cahaya mata sulung perempuan pada 30 September 2010. Bayi ini telah selamat dilahirkan di Hospital Serdang.



Monday, September 27, 2010

Perkahwinan Cikgu Shaiful Anuar - Indera Mahkota


Majlis ini berlangsung pada 25 September 2010 di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang. Sebahagian dari waghih-waghih yang sempat dirakam di majlis ini. Selamat pengantin baru.

Sunday, September 26, 2010

Jem teruk ni ..

>


Ahli waghih tersekat dalam kesesakan lalu lintas pada dua hari raya dijalan Senaling ke Kuala Pilah lebih dari satu jam. Tak pernah terjadi macam ni sebelum ini.

Saturday, September 18, 2010

Projek Penternakan Keli RAS





RAS (Recirculating Aquaculture System) merupakan teknik terkini dalam proses penternakan ikan keli. Teknik ini merupakan teknik terbaru dan lebih praktikal berbanding dengan kaedah konvensional dengan menggunakan kolam tanah.

Balik ke kampung untuk memasang bahan yang telah dibeli dengan kenderaan Bangah Mawi kerana kereta Tok Ayah masuk Klinik Kereta. Turut sama adalah Bangah Mawi, Along fariza, Agip dan Burn serta dipantau oleh Nek Mama BB.

Waghih Agam



Imran dan Aiman cucu kepada Pak Lang Yatim di kampung Agam, Kota. Kunjungan dibuat pada 18 Sept 2010 sempena Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah. Kunjungan ke sini agak terlewat kerana kereta Tok Ayah mengalami kerosakan kereta yang serius dan terpaksa dimasukkan ke kliknik kereta di Taman Bolton, Kuala Lumpur. Masuk wad la tu. Terpaksa balik dengan Abang Ngah.

Friday, August 20, 2010

NADIA ?


Cuba teka siapakah gerangan gambar ini. Inilah Nadia anak kepada Nurul Wahida dan Syahid yang dilahirkan pada Rabu, 18 Ogos 2010. Cucu ke 5 tahun 2010 bagi keluarga Haji Abu Zarim dan Hajah Sabariah di Seremban 2. Tahniah!!! Siapa yang boleh pecah rekod keluarga ni, 5 cucu setahun ...., Maka meriahlah raya tahun ni dengan orang-orang baru ... Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki ... Amin ...


Wednesday, August 18, 2010

Berbuka Puasa di Kg Parit



Selamat Hari Jadi diucapkan kepada Along Ahmad Eusofdin yang ke 40 tahun pada 14 Ogos 2010.Juga sambutan hari jadi back dated untuk Acu Aboy yang ke 10 tahun pada 5 Ogos 2010.


Sempena hari jadi Along , Tok Ayah, Nek Ma B, Mak Ndah sekeluarga, Kak Chik sekeluarga bersama Jamilah dan Along Zuhri telah balik ke Kampung Parit untuk bersama meraikannya dengan berbuka puasa bersama Keluarga Md Zal, Kak Lang dan keluarga yang telah sedia ada di kampung. Tak pulak disangka Jalina dan Jijoy bersama Ibu turut balik ke kampung meraikan Hari Jadi Along Ahmad ke 40 tahun. Amin.

Berbuka Puasa Di Taman Jasa


Bang Chik,Kak Chik serta keluarga bertandang dan berbuka puasa di Taman Jasa Utama pada 18 Ogos 2010. Turut hadir adalah Along Zuhri, Jamilah dan anak-anak. Tahniah diucapkan kepada keluarga ini kerana dikurnikan seorang lagi cucu perempuan iaitu kelahiran anak Nurul Wahida di HUKM secara pembedahan pada jam 1.00 pagi, 18 Ogos 2010 . Sebelum ini, keluarga ini telah mendapat mendapat cucu kembar iaitu anak kepada Zul Anuar dan juga anak kepada Mahmood Zuhdi dan Jamilah. Wow! Setahun sampai lima cucu sekali mari !!!!!, Pecah Guiesnes Biook Malaysia. Alhamdulillah semoga mereka merupakan anak-anak yang soleh dan solehah, Aminnnn.

Thursday, August 5, 2010

Suatu ketika di Taman Jasa

Majlis kesyukuran


Suatu ketika di Palong 5



Keluarga Ayahman mengunjungi keluarga Nachi dan Abu Jalil di Palong 5. Sedia ada adalah keluarga JJ dari Kuantan

Tuesday, August 3, 2010

Terkini - Jijoy


Terkini Jijoy di Taman Jasa Utama dan Palong 5

Sunday, July 18, 2010

Ayahanda Naim Abdullah


Ayahanda Naim Abdullah, setelah saya berumur lebih dari setengah abad, barulah kali ni dapat menatap wajah Ayahanda. Mengikut kata Kak Normah, yang bersama ayahanda itulah saya. Saya tak pernah lihat gambar ni. Seingat saya sejak lahirlah sebab bonda telah berpisah dengan ayahanda sejak saya kecil lagi. Tak tahu dan tak ingat apa. Rasanya ada sekali Bonda mambawa saya menziarahi ayahanda, Beliau mendapat lumpuh (mungkin stroke kut), baring saja tak boleh bangun. Beliau tinggal bersama Kak Normah (masa tu masih single) dan Kak Lang Zaleha di Kampung Linsum, Rantau. Tak tahu sakit apa dan saya tak pernah tanya pulak. Kali kedua adalah semasa Ayahanda kembali kerahmatullah. Kalau tak silap saya baru Darjah Dua. Sampailah sekarang , baru Kak Normah terjumpa gambar ni dan berikan kepada saya.

Kini kedua Ayah dan Bonda sudah tiada, hanya memori sahaja yang mengenangkan kembali zaman tu. Semoga keduanya dibawah lindungan Allah SWT dan diharapkan keduanya digolongkan kedalam golongan orang-orang yang beriman. Amin....

Hubungan saya dengan keluarga di Rantau amat rapat. Setiap tahun saya kesana bersama keluarga, jumpa Kak Long Che Yom, Bang Ngah Hashim, Kak Lang Zaleha, Kak Normah. Hanya yang dah lama sangat saya tak jumpa adalah Abang Omar. Rumahnya kat Panchor, Seremban tapi tak tahulah pulak alamatnya. Ada gak cuba masuk ke Panchur tu cari, oleh kerana pembangunan dan perubahan saya gagal menjejaknya. Insyaallah saya akan cari jugak.

Sejak zaman bayi lagi, saya dibesarkan dengan kasih sayang Bonda tercinta. Hanya bonda yang tahu betapa peritnya menyekolahkan saya. Beliau hanya bekerja sebagai boroh kasar di Jabatan Pertanian, Kg Perah bersama Nenda. Alhamdulillah saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kota, Rembau. Diperingkat menengah di SMK Datuk Abdullah, Astana Raja dan meneruskan ke Tingkatan 6 di SMK Ampuan Durah, Sikamat. Dengan susah payah dan penat jerih Bondalah saya belajar. Semasa di Tingkatan 6 Atas, ketika nak ambil STPM saya memberanikan diri untuk menghadiri temuduga untuk memasuki Maktab Perguruan. Antara soalan yang ditanya ialah, Kenapa masih sekolah dah datang temuduga ni? Saya ceritakan semuanya keadaan keluarga saya. Mengalir air mata ketika itu. Agaknya sebab itulah akhirnya dapat juga masuk ke Maktab Pergurusan Raja Melewar, Seremban. Sebelah sekolah saja.
Ok... cukup dulu, nanti saya sambung lagi ....

Monday, June 28, 2010

From Moscow With Love



Jarak antara Nizhniy Novgorod dan Moscow lebih kurang 480 km. Perhubungan paling mudah adalah kapal terbang (S7) atau keretapi. Boleh juga kalau nak naik kereta. Oleh kerana kami ramai iaitu 12 orang, pilihan paling ideal adalah naik keretapi. Perjalanan mengambil masa selama tujuh setengah jam untuk sampai ke Moscow.
Dari Stesen k.api Moscow kami sewa pula van untuk ke penginapan pertama di Monroe Hostel, sebelah Courtyard Marriott. Sampai disana kami dimaklumkan bahawa bilik fully booking. Kami argue jugaklah sebab dah booking secara online, macam mana pulak boleh tak ada. Akhirnya kami dapat jugaklah bilik tu, tapi ada 3 orang lain terpaksa kongsi dengan orang lain di bilik lain. Ok lah tu.
Setelah selesai, kami pun mulalah ronda sekitar Moscow terutama Red Square iaitu tempat paling hampir dengan penginapan. Masuk subway / Underground Train, 300 kaki ke bawah, punyalah dalam. Nasib baik escalator kalau tak bayangkan nak naik dan turun guna tangga. Lembik ... Stesen bawah tanah ni cantik dan canggih ...., tak panas. Bekas terowong masa zaman mereka perang dahulu, kini dijadikan line keretapi.

Saturday, June 26, 2010

Nizhniy Novgorod - Hari kedua, tiga dan keempat


Koleksi gambar semasa berada di Nizhniy Novgorod, Russia pada 24 Jun 2010. Jalan-jalan di Walk Road dan juga di Gorky Square. Pada 25 Jun 2010: Majlis Konvokesyen.

From Moscow With Love - Nizhniy Novgorod, Russia

Perjalanan Dua ...




Berlepas dengan Qatar Airways ke Lapangan Terbang Moscow guna kapal Airbus jugaklah, tapi kecik sikit. Kalau tak silap Airbus 318 200 sebab seatnya hanya 6 kerusi sebaris macam Boeng 737. Perjalanan mengambil masa empat setengah jam. Memenatkan. Dalam aircraft asyik dapat sarapan pagi sahaja.


Sampai di Lapangan Terbang Demonenovo Moscow jam 2.oo petang. Transit lagi 4 jam untuk ke Nizhniy Novgorod yang jaraknya dari Moscow lebih dari 480 km. So naik KT ambil masa 1 jam, kalau keretapi 8 jam. masak!!! Hampir tiga suku penumpang KT adalah warga Malaysia yang semuanya untuk kedestinasi yang sama, Konvokesyen. Mendarat di Nizhniy Novgorod airport dekat nak Maghrib, jam 8.30 petang, Maghrib jam 9.00. Pas tu naik bas lah pulak lagi sejam, Wuih, penat gila.


Bertambah penat bila lihat keadaan di Airport Nizhniy ni, kampung habis. Bangunan terminalnya elok sikit dari Airport Lahad Datu atau Mukah. Baik lagi dari Airpot Sungai Besi.


Transport ke bandar naik bas mini. Teramat sedih dengan bas ni. Satu jam terseksa dengan keadaan bas. Ditambah dengan beg yang banyak, penat dan 20 orang penumpang ..

Perjalanan Pertama

Di Doha International Airport (DIA)


Tarikh 22 Jun 2010 : Tarikh tak tidur malam kerana begitu teruja untuk memulakan perjalanan jauh ke Rusia iaitu di Nizhniy Novgorod. Jam 9.00 malam dah mula bergerak ke KLIA dihantar oleh Bangah Asraf dan Kak Yong. Turut bersama adalah Keluarga Pak Dik dan Hawaniah serta Termizi, Nisah dan Safiudin dihantar oleh Sufian dan Lut. Sampai di KLIA jam 10.00 malam. Di KLIA bertemu pula dengan En Rosli dan isteri, mertua Hazwan.
Lama gak menunggu di KLIA sebab check ini jam 12.00 malam.
Rombongan kami seramai 9 orang menaiki Qatar Airways jam 2.40 pagi waktu Malaysia untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha (DIA). Qatar Airways guna Airbus 320, besar gaklah, 8 kerusi sebaris - 2 - 4 - 2. Dalam kapal apa lagi, tidurlah konon.
Kapal terbang yang kami naiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha (DIA) jam 5.30 pagi. Terperanjat jugaklah sebab bila mendarat di DIA, matahari dah tinggi di kepala, macam dah jam 11 pagi. Panas tak yah ceritalah kat sini - gurunnnnnn. Ingatkan masih gelap macam kat KL.
Lama jugak transit kat DIA. Lapangan terbang luas. Kapal mendarat jauh ditengah landasan. Kami dibawa ke bangunan terminal dengan airport bus. Lama gak tunggu di DIA kerana penerbangan ke Moscow berlepas jam 7.40 pagi. Apa yang boleh buat di airpot ni. Duduk dan tunggu. Buka bekalan pisang goreng. Puih, siapa sangka kat DOHA makan pisang goreng Malaysia. Balun jer, sapa tahu apa yang kita makan, selamber jer. Buka laptop akses internet, FREE tapi punyalah lembab, macam pakai modem jer. terus tutup laptop tak sanggup tunggu, lama sangat. Nak akses mail box pun lama. So, apa lagi, shutdown jerlah laptop. Dah berat, tapi tak leh nak guna plak. Dah jadi satu beban pulak kandar bendaalah ni.

Tunggu seterusnya perjalanan 2 ...

Monday, June 21, 2010

JELAJAH EROPAH LA PULAK !!!

Selepas menjelajah Sabah pada bulan Januari yang lalu, kini kami berhajat pula untuk ke Moscow, London dan Qatar. Jika tiada apa halangan kami akan bergerak ke sana pada 23 Jun terus ke Moscow dan transit di Doha, Qatar. Di Moscow kami akan menyertai Majlis Konvokesyen anak Haji Wahab dan Hajah Hawaniah, Hazwan di Nizhny, Moscow. Dari Moscow kami akan naik keretapi laju menuju ke London. Dari London kami akan ke Doha untuk bertemu Ahli Waghih Hajah Bangka disana. Rombongan kami seramai 7 orang akan balik ke tanah air pada 3 Julai 2010, Insyaallah akan sampai di KLIA jam 8.20 pagi .

Berikut adalah jadual perjalanan kami bersama Qatar Airways.

ATAR AIRWAYS - QR 623
WED 23JUN KUALA LUMPUR MY DOHA QA 0255 0520
KLIA
NON STOP TERMINAL M DURATION 7:25
EQUIPMENT:AIRBUS INDUSTRIE A330-300
SEATS 17A/17B NO SMOKING CONFIRMED


QATAR AIRWAYS - QR 868
WED 23JUN DOHA QA MOSCOW RU 0740 1350
DOMODEDOVO
EQUIPMENT:AIRBUS INDUSTRIE A320-100/200
SEATS 24A/24B NO SMOKING CONFIRMED


QATAR AIRWAYS - QR 74
THU 01JUL LONDON GB DOHA QA 1500 2345
GATWICK
TERMINAL N
EQUIPMENT:AIRBUS INDUSTRIE A330-200
SEATS 17J/17K NO SMOKING CONFIRMED


QATAR AIRWAYS - QR 620
SAT 03JUL DOHA QA KUALA LUMPUR MY 2020 0840
KLIA 04JUL
TERMINAL M
EQUIPMENT:AIRBUS INDUSTRIE A330-300
SEATS 26J/26K NO SMOKING CONFIRMED

Saturday, June 19, 2010

Jelajah Sabah



Jelajah Sabah, itulah anggapan kami semasa melancong
ke Sabah pada penghujung Januari 2010.
Kami hanya sempat melawat Kundasang,
Kinabalu Park, Air Panas Poring, Pekan Ranau,
Kota Belud, Tip Of Borneo (Simpang Tanjung Mengayau), Kudat,
Menumbok dan ke Pulau Labuan.


Sunday, June 13, 2010

Perkahwinan Mohd Ferdaus

Rumah Baru



Akhirnya Puan Nachi dan anak-anak Mohd Syukor Eusofdin dan Ahmad Eusofdin serta Jalina Esusofdin dapat tinggal dengan lebih selesa dirumah barunya yang bakal disiapkan dalam jangka masa yang singkat ini di Palong 5. Alhamdulillah. Semoga keluarga ini dirahmati dan diberkati Allah, Amin ...

Saturday, June 12, 2010

Majlis Sambut Menantu


Perkahwinan / Majlis Sambut Menantu anak bongsu Haji Hashim bin Naim, Zulkamal dengan pasangannya Shahida Saad telah berlangsung di Taman Rantau Tin, Seliau, Rantau pada 12 Jun 2010.
Klik pada gambar untuk lihat imej lebih besar atau untuk muat turun gambar.

Thursday, June 10, 2010

UiTM Konvokesyen



Konvokesyen ke-72 2010..tempat di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam..jam 2.30 ptg...Nur Aida (Bachelor in Accountancy - Hons) dan Ahmad Safiyuddin (Diploma in Accountancy)...Thanx to family and friends...

Sunday, May 30, 2010

Monday, May 24, 2010

Setahun di Hospital



Abdullah Nurzaid bin Mohd Zal terpaksa berada di Hospital Kuala Pilah dalam masa yang panjang setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Simpang Renggam Johor, setahun yang lalu. Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandunya dilanggar dari belakang oleh sebuah lori.

Selamat Datang ke Serambi Warikh

Assalamualaikum,
Portal Serambi Waghih yang lama telah ditamatkan perkhidmatan oleh pihak hosting. Oleh itu laman blog ini akan sedaya upaya untuk menggantikan laman Serambi Waghih berkenaan. Insyaallah.

Saturday, April 17, 2010

Semashur Mini Konvo


Majlis Mini Konvokesyen Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor pada 17 April 2010

DALAM KENANGAN