Thursday, September 30, 2010

Lagi Waghih baru ... Anak Dr Hazwan & Dr Najwa

Wan Opah dengan cucu sulungnya







Tahniah diucapkan kepada Dr Hazwan dan Dr Najwa diatas kurniaan cahaya mata sulung perempuan pada 30 September 2010. Bayi ini telah selamat dilahirkan di Hospital Serdang.



Monday, September 27, 2010

Perkahwinan Cikgu Shaiful Anuar - Indera Mahkota


Majlis ini berlangsung pada 25 September 2010 di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang. Sebahagian dari waghih-waghih yang sempat dirakam di majlis ini. Selamat pengantin baru.

Sunday, September 26, 2010

Jem teruk ni ..

>


Ahli waghih tersekat dalam kesesakan lalu lintas pada dua hari raya dijalan Senaling ke Kuala Pilah lebih dari satu jam. Tak pernah terjadi macam ni sebelum ini.

Saturday, September 18, 2010

Projek Penternakan Keli RAS





RAS (Recirculating Aquaculture System) merupakan teknik terkini dalam proses penternakan ikan keli. Teknik ini merupakan teknik terbaru dan lebih praktikal berbanding dengan kaedah konvensional dengan menggunakan kolam tanah.

Balik ke kampung untuk memasang bahan yang telah dibeli dengan kenderaan Bangah Mawi kerana kereta Tok Ayah masuk Klinik Kereta. Turut sama adalah Bangah Mawi, Along fariza, Agip dan Burn serta dipantau oleh Nek Mama BB.

Waghih Agam



Imran dan Aiman cucu kepada Pak Lang Yatim di kampung Agam, Kota. Kunjungan dibuat pada 18 Sept 2010 sempena Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah. Kunjungan ke sini agak terlewat kerana kereta Tok Ayah mengalami kerosakan kereta yang serius dan terpaksa dimasukkan ke kliknik kereta di Taman Bolton, Kuala Lumpur. Masuk wad la tu. Terpaksa balik dengan Abang Ngah.

DALAM KENANGAN