Saturday, June 26, 2010

Perjalanan Dua ...




Berlepas dengan Qatar Airways ke Lapangan Terbang Moscow guna kapal Airbus jugaklah, tapi kecik sikit. Kalau tak silap Airbus 318 200 sebab seatnya hanya 6 kerusi sebaris macam Boeng 737. Perjalanan mengambil masa empat setengah jam. Memenatkan. Dalam aircraft asyik dapat sarapan pagi sahaja.


Sampai di Lapangan Terbang Demonenovo Moscow jam 2.oo petang. Transit lagi 4 jam untuk ke Nizhniy Novgorod yang jaraknya dari Moscow lebih dari 480 km. So naik KT ambil masa 1 jam, kalau keretapi 8 jam. masak!!! Hampir tiga suku penumpang KT adalah warga Malaysia yang semuanya untuk kedestinasi yang sama, Konvokesyen. Mendarat di Nizhniy Novgorod airport dekat nak Maghrib, jam 8.30 petang, Maghrib jam 9.00. Pas tu naik bas lah pulak lagi sejam, Wuih, penat gila.


Bertambah penat bila lihat keadaan di Airport Nizhniy ni, kampung habis. Bangunan terminalnya elok sikit dari Airport Lahad Datu atau Mukah. Baik lagi dari Airpot Sungai Besi.


Transport ke bandar naik bas mini. Teramat sedih dengan bas ni. Satu jam terseksa dengan keadaan bas. Ditambah dengan beg yang banyak, penat dan 20 orang penumpang ..

No comments:

Post a Comment

DALAM KENANGAN