Monday, June 28, 2010

From Moscow With Love



Jarak antara Nizhniy Novgorod dan Moscow lebih kurang 480 km. Perhubungan paling mudah adalah kapal terbang (S7) atau keretapi. Boleh juga kalau nak naik kereta. Oleh kerana kami ramai iaitu 12 orang, pilihan paling ideal adalah naik keretapi. Perjalanan mengambil masa selama tujuh setengah jam untuk sampai ke Moscow.
Dari Stesen k.api Moscow kami sewa pula van untuk ke penginapan pertama di Monroe Hostel, sebelah Courtyard Marriott. Sampai disana kami dimaklumkan bahawa bilik fully booking. Kami argue jugaklah sebab dah booking secara online, macam mana pulak boleh tak ada. Akhirnya kami dapat jugaklah bilik tu, tapi ada 3 orang lain terpaksa kongsi dengan orang lain di bilik lain. Ok lah tu.
Setelah selesai, kami pun mulalah ronda sekitar Moscow terutama Red Square iaitu tempat paling hampir dengan penginapan. Masuk subway / Underground Train, 300 kaki ke bawah, punyalah dalam. Nasib baik escalator kalau tak bayangkan nak naik dan turun guna tangga. Lembik ... Stesen bawah tanah ni cantik dan canggih ...., tak panas. Bekas terowong masa zaman mereka perang dahulu, kini dijadikan line keretapi.

No comments:

Post a Comment

DALAM KENANGAN