Saturday, June 26, 2010

Perjalanan Pertama

Di Doha International Airport (DIA)


Tarikh 22 Jun 2010 : Tarikh tak tidur malam kerana begitu teruja untuk memulakan perjalanan jauh ke Rusia iaitu di Nizhniy Novgorod. Jam 9.00 malam dah mula bergerak ke KLIA dihantar oleh Bangah Asraf dan Kak Yong. Turut bersama adalah Keluarga Pak Dik dan Hawaniah serta Termizi, Nisah dan Safiudin dihantar oleh Sufian dan Lut. Sampai di KLIA jam 10.00 malam. Di KLIA bertemu pula dengan En Rosli dan isteri, mertua Hazwan.
Lama gak menunggu di KLIA sebab check ini jam 12.00 malam.
Rombongan kami seramai 9 orang menaiki Qatar Airways jam 2.40 pagi waktu Malaysia untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha (DIA). Qatar Airways guna Airbus 320, besar gaklah, 8 kerusi sebaris - 2 - 4 - 2. Dalam kapal apa lagi, tidurlah konon.
Kapal terbang yang kami naiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha (DIA) jam 5.30 pagi. Terperanjat jugaklah sebab bila mendarat di DIA, matahari dah tinggi di kepala, macam dah jam 11 pagi. Panas tak yah ceritalah kat sini - gurunnnnnn. Ingatkan masih gelap macam kat KL.
Lama jugak transit kat DIA. Lapangan terbang luas. Kapal mendarat jauh ditengah landasan. Kami dibawa ke bangunan terminal dengan airport bus. Lama gak tunggu di DIA kerana penerbangan ke Moscow berlepas jam 7.40 pagi. Apa yang boleh buat di airpot ni. Duduk dan tunggu. Buka bekalan pisang goreng. Puih, siapa sangka kat DOHA makan pisang goreng Malaysia. Balun jer, sapa tahu apa yang kita makan, selamber jer. Buka laptop akses internet, FREE tapi punyalah lembab, macam pakai modem jer. terus tutup laptop tak sanggup tunggu, lama sangat. Nak akses mail box pun lama. So, apa lagi, shutdown jerlah laptop. Dah berat, tapi tak leh nak guna plak. Dah jadi satu beban pulak kandar bendaalah ni.

Tunggu seterusnya perjalanan 2 ...

No comments:

Post a Comment

DALAM KENANGAN